KUCHING 29 September: Kerajaan negeri komited beri penekanan dalam pembangunan infrastruktur untuk menggerakkan industri pelancongan negeri.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari memberitahu kerajaan negeri katanya telah dan akan membelanjakan dana yang besar dalam memperbaiki infrastruktur pelancongam sekaligus memberikan peekhidmatan yang terbaik kepada pelancong yang datang.
Beliau memberitahu demikian dalam ucapannya semasa Majlis Makan Malam Gala Anugerah Pelancongan Kenyalang Sarawak Edisi ke-9 2019-2023 di Kuching malam tadi.
“Saya dan rakan-rakan dalam kerajaan akan menaik taraf infrastruktur kita dan Insyaallah, kita akan dapat melabur dlm industri ini, dan perniagaan pun akan datang” ucapnya.
Antara yang akan dilaksanakan ialah pembinaan Lapangan Terbang baharu, Pusat konvesyen berskala besar dan syarikat penerbangan sendiri.
Seramai 29 orang menerima anugerah pelbagai kategori pelancongan malam tadi.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada kontinjen negeri PARA SUKMA 2024 kerana telah menjadi juara keseluruhan dengan 82(boleh update esok) pingat emas dan melepasi sasaran sebanyak 83 pingat emas.
Wartawan Lokasi: Rozalina Rosli
Foto: UKAS LIVE
